memang payah..
andai kau berharap bukan pada Allah..
sedikit kecundang, mula berburuk sangka kepada Allah..
sedangkan Dialah yang menjagamu sehingga kini
memang sakit..
andai kau berikan hati, sepenuhnya tidak pada Allah..
sekali retak, tiada lagi Penawar..
sedangkan hanya Dia pengubat segalanya
memang buntu..
andai kau mencari jawapan tanpa berbalik kepada tuhan..
bukankah Dia yang menguji?
maka seharusnya Dialah tempat kita kembali
ku pesan pada hati,
berbalik kepada Allah,
pegang utuh hanya pada Allah,
andai engkau semakin jauh..
andai engkau semakin sesat..
bukan kerana Allah, tetapi kau!
kau yang melepaskan tali ikatanmu dengan Allah.
-credit from kak faz.